Yakin

Jika lagi puas kau cuba untuk mendapatkannya tetapi kau belum sampai lagi dan lagi. Tolong kau berhenti sejenak. Renung semula ke belakang jalan yang telah kau teroka itu. Ada kah kau masih mengikut jalan yang sama? Sama lagi?
Ikhtiar kau cari jalan lain dengan yakin kau akan berjaya. Tentu kau akan bertanya kepada orang yang kau temui di jalanan. Kau ambil ikhtibar. Gigihlah kau tabah kuat kental tepis buang tembus terus dan terus ke hadapan. Di hujung jalan yang baru itu kau temui manis. Senyumlah.

manis yg engkau temui persis madu di taman larangan.

teruja kemanisan, terkurung kebebasan.

lalu, engkau bertanya benarkan ini semua?

Ye
Setiap kali teman ku melihat ku di balik pintu sana.pasti sapa balas nya berbunyi begini

🌵🌹🌵🌹🌵🌹🌵

Pasti nya manis itu tetap di kecapi dirasai namun kau tentu terus berhati hati .

Kau tahu jalan yang kau pernah lalui .

Tapi kau jangan terlalu sangat bimbang hingga kau sentiasa menaruh syak wasangka.

Yakin benar itu dari Dia yang Maha Agung. Buang la segala kegelisahan mu itu…
Senyumlah.😁

Advertisements

Perseverance steadfast

Dalam umur ku sebegini, lama ku cukup perhati dan alami. Jika kau yakin niat yang mendalam, berkerja keras untuknya kau akan dapat. Dapat apa yang kau hendak. Pada aku, kau mesti benar benar yakin, mantap, takda was was. Cukup dengan percaya yakin beserta doa yg ikhlas, kau pasti dapat. Yang pasti lagi, matlamat kau jelas. Jika kau buat , kau pasti berjaya, yakin azam jangan gentar dan goyah.

Imbauan seorang anak

Bila ku sebut tentang pengalaman yang telah diceritakan oleh seseorang yang baru saja menunaikan fardhu haji baru-baru ini, ayah ku terus mengalihkan mata nya ke sudut lain seperti mengingatkan sesuatu. Abah ingat sapa bah, tanyaku.

Gini, orang dulu, atok lelaki kau tu berapa kah tambang dia naik kapal pergi dan balik selama enam bulan tu… Abah tertanya, padahal atok kau tu miskin sangat, kemudian, pergi haji dulu tak sama dengan sekarang. Kena bawa beras, makanan yang mencukupi hingga pulang. Macamana dia merencana itu semua. Orang dulu memang bijak sebab bayangkan selepas di mekah hendak ke madinah sama ada berjalan kaki atau menaiki unta selama 3 minggu baru tiba. Bagaimana dia mengaturkan makanan dan minumannya pinggan mangkuk, dan pakaiannya.

Abah, anak kepada atokku. Aku anak kepada abah teringat atok perempuanku yang sentiasa senyum dan teringat dia menaiki basikal.

Yang ku alami

Mendengar sentuhan ramadhan dari seorang ustazah menyentuh kalbuku. Cerita dia bangkit dari koma selama 1 tahun 7 bulan membuat fikiran ku menerjah perasaannya dan suaminya ketika itu. Pengalaman terbayang orang yang duduk sebelahku sebelum lagi dia muncul, membuat bulu roma ku naik, Allah hampir sangat.

Umur sebegini menunggu saat di temubual sungguh mendebarkan walau telah ulang kali melalui zaman itu. Pagi itu mendapat kabar suami kepada sahabat meninggal dunia sedang dia seorang suri rumatangga.

Subuh ini damai…