Dalam Cuti

Pandai betul mereka mengejutkan saya.

Terkejut betul hingga tak ada idea untuk disampaikan. Mulalah merepek meraban dengan suara terketar-ketar.

Terharu sungguh. Terima kasih ya.

Terima kasih kerana sudi terima saya memberi cadangan demi kebaikan bersama.

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan. Hadiah pun sangat menarik.

Buah-buahan bermaksud jagalah kesihatan tubuh dan mental.

Jam bermaksud gunakan masa yang tinggal dengan sebaik mungkin.

Sahabat KV yang telah bersama saya, selamat maju jaya.

Saya gembira dengan anda semua.

Jaga diri.

MRSTP buat apa hari ini?

Mrstp sedang mengingati masa semalam dan masa sekarang dan masa akan datang. Fasa bersara akan bermula sekejap sahaja lagi.

Mrstp harus buat perancangan untuk 20 tahun akan datang jika umur Mrstp dipanjangkan ALLAH.

Kerjaya selepas umur 60 tahun. Apakah dia?

Perancangan jangka pendek adalah meneruskan kerjaya sebagai konsultan Quantum Metal yang telah bermula 1 Mac 2022 lagi.

Perancangan satu lagi menyiapkan buku akademik yang telah tertangguh setelah sekian lama mengumpul cebisan-cebisannya.

Apa lagi ye?

Tenteram

Pagi ini bertemu dengan seorang rakan sekerja yang bukan sama pejabat. Bermakna sangat jarang kami berjumpa.

Namun kata-katanya membuat aku lebih faham makna kehidupan ini.

Basic kita ambil namun jangan lupakan masyarakat.

Bersara bukan bermakna berhenti dari segala-galanya, tetapi apa seterusnya?

Plan A dan plan B tetapi apa sumbangan kita kepada masyarakat?

Masyarakat: anak-anak, anak-anak saudara, adik beradik, ibu bapa, jiran, anak2 yatim, orang-orang tua dan orang-orang yang perlukan pertolongan.

Sedeqah jangan tinggal.

Wassap minta call. Adikku cuba menyelesaikan masalah 2 perkara.

Semoga berjaya. InsyaAllah.

Menulis

Otak ini banyak berfikiran.

Menjalani dan membawa anak-anak ke arah yang lebih baik adalah tujuan utama di dalam perancangan fikiran ini.

Pada masa yang sama stress membentuk apabila berfikiran begitu. Badan menjadi seram sejuk, sakit perut dan juga tidak boleh tidur.

Kadang-kadang halatuju sudah ke arah yang berbeza. Sebelum kita pergi, kita harap anak-anak telah berada dalam keadaan yang stabil.

Mempunyai anak yang di dalam umur awal dan akhir 20 an pada masa ini, kadang-kadang jiwa menjadi tenteram. Ini kerana mereka tidak perlu lagi ditunjuk ajar.

Namun kekuatan ekonomi menjadi penentu kehidupan yang lebih selesa.

Kita masih perlu menunjuk ajar mereka.

Kadang-kadang faktor luaran menjengah rasa sanubari yang menyebab jiwa kita tidak kental menghadapi tepisan kata-kata seperti arahan mengikut arah jalan orang-orang lain yang sudah tentu tidak sama.

Tidak boleh bermaksud tidak boleh.

Kita sudah mencuba sedaya upaya, tetapi perkara itu kekal.

31.12.2022 menjelang maghrib

Selesai menyiapkan powerpoint untuk usrah malam ni bertajuk sains di dalam surah yasin

Tahun ini pada 28.11.2022 Abah yang kusayangi meninggalkan dunia ini. Abah semasa itu berumur 91 tahun.

Abah meninggalkan sebuah buku yang bertulis tangan sendiri yang dibuat pada tahun 2020 zaman PKP.

Banyak kisah semasa Jepun ditulis termasuk kisah hidupnya semasa meningkat dewasa.

2023 menjelang umurku umur bersara wajib Malaysia 60 tahun. Fasa apakah yang akan kuhadapi?

Pearly Tan – Thinaah Muralitharan

Kekuatan, semangat, perseverance

Aku melihat lebih kepada mereka ini dapat meroboh tembok besar di hadapan mereka dengan tekad mahu berjuang habis-habisan sehingga berjaya walau siapa sahaja di hadapan mereka. Biasanya kita sangat menghormati orang-orang yang sudah berjaya, dan kita mahu mengikut langkah mereka. Namun tiba-tiba apabila kita telah sampai ke tahap sama level dengan mereka disitu lah titik tolak samada kita mahu sama level atau bawah sedikit atau kita mahu terus melangkah dan pergi lebih jauh dari mereka, tetapi pada masa yang sama masih menghormati mereka. Ini kerana disebabkan merekalah kita boleh pergi ke tahap yang kita tidak menjangka.

Dengan kekuatan, pengalaman dan semangat jurulatih mereka, akhirnya mereka berjaya meroboh tembok itu dengan mengekalkan perseverance dan menambah daya risilient pada diri mereka.

Syabas kepada Pearly dan Thinaah. Semoga berjaya di final nanti.

Si penunggu matahari

Se pagi hari di kala masih gelap gelita, penafsir AlQuran ke udara agak lewat kali ini 6.40am, kereta ku bergerak agak perlahan. Mefokuskan butir-butir yang diperkatakan di radio disamping kereta melalui lorong sempit dan terhenti hampir ke longkang kecil kerana memberi laluan kereta di hadapan namun terkejut rupa-rupanya ada sosok tubuh di hadapan yang sedang bersenam. Syukur aku tidak melanggarinya, aku meneruskan perjalanan.

Menunggu di lampu isyarat, dihadapan ku ialah sebuah lori trailer yang panjang membawa muatan berat. Lampu isyarat bertukar lagi dari hijau ke merah semasa kereta ku mengikut dari belakang 20 km/j. Keadaan trafik agak sibuk dengan ibu bapa menghantar anak ke sekolah, maka aku membuat keputusan untuk tidak memotong lori di hadapan. Bersabarlah hati.

Lorong tol menjadi satu kerana laluan tengah ditutup. Aku mula melajukan kereta sehingga 100 km/j sambil menikmati pandangan alam. Indah bumi dan langit ciptaan ALLAH. Kelihatan kamera perangkap laju mengeluarkan cahaya di lorong laluan bertentangan menampakkan sebuah kereta yang dipandu laju.

Hari ini aku memilih kawasan berbeza untuk menangkap gambar matahari. Hari ini matahari naik lebih kurang pukul 7.30am. Hari-hari yang ku lalui bermula dengan ini melainkan hari suram atau hujan. Mengambil energi untuk memulakan kerja dengan bersemangat.

Happy birthday abah yang ke 91.. Semoga Allah berkati dan lindung abah selalu. aamiin.

Gelang Pink

Lama tak ke udara. Gelang pink ini di pakai sekeluarga selama 14 hari sehingga 18 September 2021. Penglibatan kami adalah sebagai orang ketiga (C), seorang anak yang bekerja sebagai orang kedua (B) kontak rapat dengan pekerja yang positif orang pertama (A). Kawasan yang telah mengalami kes variant delta, maka kami juga mesti berkurung di rumah. “Swab test” anak negatif, namun kami masih tetap perlu berkurung 14 hari. Tujuannya untuk putuskan rangkaian. Tempat kerja ditutup 6 hari. Setelah semua yang positif diasing, diharapkan jika ALLAH SWT izin, maka rangkaian akan terputus setelah naik bekerja semula.

Kita sangka baik dengan ALLAH. Tukar corak pandangan, perbuatan, cara kehidupan di alaf pandemik COVID-19 ini. Untuk beralih ke era endemik pula, kita perlu lebih bersedia. Virus masih ada seperti juga virus lain-lainnya.

Kami sihat insyaALLAH. Semoga ALLAH SWT restu dan terima segala usaha kita. Kita menumpang sahaja di dunia ini. Buat yang terbaik, yang ALLAH SWT suka. AKhirat tempat abadi. aamiin.

1.1.2021 Cameron Highland (3)

Tepat jam 7 pagi, kami mencari sarapan. Anak-anak ingin merasa nasi lemak strawberry.

Sampai di sana, masih awal, tempat parking masih kosong. Kami turun dari kereta, berjalan kaki menuju restoren pilihan.

Sejuk mencengkam tubuh. Hujan mula turun. Sambil berjalan, kami melihat kereta yang membawa kru restoren tersebut baharu tiba di lokasi.

Kami beratur, mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Di pintu masuk restoren, kami diberi penerangan bagaimana untuk memesan makanan.

Kami mencari tempat duduk. Kemudian kami mula scan barcode yang disediakan dan melihat menu melalui hp kami.

Setelah menulis menu pilihan, aku dan anak yang sulung beratur pula membayar dahulu makanan yang di pesan.

Setelah membayar, kami pergi menuju tempat duduk kami tadi. Apa lagi permainan kami biasanya ialah teka harga.

Wah anak keempat aku meneka hampir tepat, hanya silisih RM1 sahaja.