Hujan

Tidak perlu patah semangat untuk mencapai hajat tertentu apabila tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya pada hari itu.

Teruskan proses menuju matlamat walaupun terpaksa mengubah laluan atau kaedah.

Marahkan anda pada hujan? Atau perlukah menyambutnya dengan penuh gembira?

“Pra idea”

Amat tidak baik, jika kita  mendapat maklumat mengenai peribadi seseorang itu dari orang lain.

Kesannya kita telah ada “pra idea” tentang dia berdasarkan maklumat tersebut samada benar atau tidak. Jika maklumat itu tidak baik, kita seperti bersangka buruk dan cuba menjauhi dirinya.

Lebih baik kita mengenali seseorang itu secara berdepan atau secara terus.

Mohon ampun lah kepada Allah kerana kesilapan kita menghakimi orang lain melalui khabar yang belum tentu benarnya.